Sunday, 7 March 2010

Syarat2 Wajib Haji & Umrah

KURSUS HAJI/UMRAH BERSIRI
VENUE: MASJID PALOH, IPOH
TIME: 9.00 am - 11.30 am (every Sunday)

7 March 2010

Syarat-syarat Wajib Haji & Umrah

minggu ni, Ust. Shoib mulakan dengan topik yang pada saya amat penting..
kalau kita tak tau, macam mana kita nak jalankan ibadah kita kan..
so, jom kita tgk satu persatu Syarat2 Wajib Haji & Umrah..

1. ISLAM
~ tidak wajib bagi yang bukan Islam

2. BALIGH
~ tidak wajib bagi yang belum baligh

3. BERAKAL
~ tidak wajib bagi yang tidak siuman

4. MERDEKA
~ tidak wajib ke atas hamba

5. BERKUASA
~ tidak wajib ke atas mereka yang tidak mampu
~ ada beberapa point yg penting bagi BERKUASA

#Dengan sendiri#
  • ada tambang pergi/balik
  • ada bekalan/nafkah
  • ada kenderaan pergi/balik
  • aman dalam perjalanan pergi/balik
  • sihat tubuh badan
  • berkesempatan masa
#Dengan pertolongan orang lain (Badal)#
  • uzur tidak dapat mengerjakan sendiri
  • atau sakit yang tiada harapan sembuh
  • atau terlalu tua
  • atau telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya
  • dengan izin suami/wali
  • ditemani oleh suami/mahram/perempuan yang dipercayai
hmm, so macam mana?? kita cukup tak syarat2 nya?? InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment